Skip to content

Malaysia TOPNews.MEDIA

all news from Malaysia and world

Menu
  • Sample Page
Menu

Brek gagal berfungsi, lori rempuh lorong tol

Posted on Disember 7, 2022

TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga tempatan patah tangan kiri dan kedua-kedua kaki setelah lori yang dipandunya gagal dikendali lalu merempuh lorong tol RFID di Plaza Tol Ayer Hitam, di sini, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya telah dikejarkan ke lokasi setelah mendapat panggilan kecemasan sekitar pukul 2.52 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, bomba mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori satu tan yang dipandu seorang lelaki.

“Lori berkenaan difahamkan terbabas lalu merempuh lorong tol RFID, dipercayai akibat kegagalan fungsi brek.

“Ekoran rempuhan yang berlaku itu, mangsa yang berusia 29 tahun tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan patah tulang lengan sebelah kiri serta patah kedua-dua belah kaki,” jelasnya.

Menurut Norazam, mangsa tersepit selama setengah jam akhirnya berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan khas semasa operasi sedang dijalankan. -KOSMO! ONLINE.

Source link https://www.kosmo.com.my/2022/12/07/brek-gagal-berfungsi-lori-rempuh-lorong-tol/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=brek-gagal-berfungsi-lori-rempuh-lorong-tol

WORLD TOPNEWS.MEDIA

USA, CANADA, MEXICO, AUSTRALIA, JAPANE, INDIA, NEW ZEALAND, POLAND, UKRAINE, DENMARK, UNITED KINGDOM, DEUTSCHLAND, ITALIA, SPANISH, FINLAND, NORWEY, SWEDISH, FRANCE, ARAB EMIRATES
©2023 Malaysia TOPNews.MEDIA | Design: Newspaperly WordPress Theme