Skip to content

Malaysia TOPNews.MEDIA

all news from Malaysia and world

Menu
  • Sample Page
Menu

Abang Muhyiddin meninggal dunia – Kosmo Digital

Posted on Disember 6, 2022

KOSMO!

PETALING JAYA – Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Yasin iaitu abang kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Muhyiddin dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini turut memaklumkan berkenaan berita sedih tersebut.

“Saya dan keluarga merasa sungguh dukacita dengan pemergian kakanda saya Tan Sri Abdul Aziz Yasin hari ini.

“Saya kehilangan seorang abang yang banyak membantu kehidupan saya di zaman muda dan sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan Allahyarham dalam kalangan orang soleh,” jelas Pengerusi Perikatan Nasional itu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Source link https://www.kosmo.com.my/2022/12/06/abang-muhyiddin-meninggal-dunia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=abang-muhyiddin-meninggal-dunia

WORLD TOPNEWS.MEDIA

USA, CANADA, MEXICO, AUSTRALIA, JAPANE, INDIA, NEW ZEALAND, POLAND, UKRAINE, DENMARK, UNITED KINGDOM, DEUTSCHLAND, ITALIA, SPANISH, FINLAND, NORWEY, SWEDISH, FRANCE, ARAB EMIRATES
©2023 Malaysia TOPNews.MEDIA | Design: Newspaperly WordPress Theme