Skip to content

Malaysia TOPNews.MEDIA

all news from Malaysia and world

Menu
  • Sample Page
Menu

Kedutaan Ukraine di Sepanyol terima surat mengandungi bom

Posted on Disember 1, 2022

KOSMO!

MADRID – Seorang kakitangan kedutaan Ukraine di Sepanyol cedera apabila cuba membuka sepucuk surat yang mengandungi bom, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Pekerja lelaki itu dikejarkan ke hospital namun, nyawanya tidak berada dalam bahaya, kata jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko.

Menurut beliau, kedutaan Ukraine telah diarah untuk meningkatkan tahap keselamatan dengan segera selepas serangan  itu.

Sebuah unit pemusnah bom telah dikerahkan ke lokasi kejadian selain kawasan itu turut ditutup.

Setakat ini, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab dalam kejadian letupan di daerah Hortaleza, timur laut Madrid itu.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden letupan tersebut sekitar pukul 1 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Surat tersebut dikatakan dikirim untuk Duta Ukraine di Sepanyol.

Nikolenko berkata, walau siapa pun dalang di sebalik letupan itu, ia tidak akan mampu menakut-nakutkan para diplomat Ukraine atau menghentikan tugasan harian mereka dalam mengukuhkan pertahanan Ukraine menentang Russia. – Agensi

Source link https://www.kosmo.com.my/2022/12/01/kedutaan-ukraine-di-sepanyol-terima-surat-mengandungi-bom/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kedutaan-ukraine-di-sepanyol-terima-surat-mengandungi-bom

WORLD TOPNEWS.MEDIA

USA, CANADA, MEXICO, AUSTRALIA, JAPANE, INDIA, NEW ZEALAND, POLAND, UKRAINE, DENMARK, UNITED KINGDOM, DEUTSCHLAND, ITALIA, SPANISH, FINLAND, NORWEY, SWEDISH, FRANCE, ARAB EMIRATES
©2023 Malaysia TOPNews.MEDIA | Design: Newspaperly WordPress Theme